Ruh Ramadhan kian hampir, namun sejauh mana persediaan kita ke arah itu? Apakah cukup dengan sekadar puasa sunat dan penambahan bacaan quran sewaktu bulan Syaaban? Atas dasar apa kita beribadah?
Pastinya, setiap orang pernah mendengar ceramah2 umum tentang persediaan menghadapi Ramadhan, ataupun Isra' Mi'raj, Ma'al Hijrah dan sebagainya, bahkan setiap tahun, namun kenapa masih tidak ada tindak balas langsung terhadap kata-kata ustaz di hadapan? Masuk telinga kiri keluar telinga kanankah?
Tiba bulan Ramadhan, berbondong-bondong manusia ke masjid-masjid untuk bertarawih, sunnah yang tidak pernah disyariatkan nabi untuk berjemaah. Hanya bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar. Namun, ada baiknya sunnah ini, dalam usaha mempadukan ummah, yakni sama-sama solat berjemaah. Kian Ramadhan menghampiri penghujungnya, kian berkurang manusia di masjid-masjid. Ke mana mereka menghilang? Sibuk dengan membakar kuih-muih dan kek, sibuk menghiasi rumah dengan cadar baru, sarung kusyen baru, tirai baru, sibuk menganyam ketupat, sibuk memasak nasi himpit dan kuah kacang, sibuk menghadap televisyen yang menyiarkan movie-movie 'best'. Alangkah sedih..
Namun, lebih sedih apabila dalam kalangan umat, ada yang lebih mengutamakan persediaan-persediaan selepas raya, yakni syawal, yang disambut dengan meriah amat. Senyap sunyi masjid-masjid, hilang insan-insan yang dahulunya khabarnya mahu mencari Allah. Semuanya hilang tenggelam dalam arus dunia. Walaupun mengamalkan sedikit dari sunnah yakni ziarah menziarahi dan berpakaian elok di kala syawal, namun timbul penyakit untuk berlebih-lebihan.
Saturday, July 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment