Friday, December 18, 2009

Cik SiTi

Diskusi bersama seseorang. Mungkin berkaitan dengan entri sebelum ni, cuma kali ni lebih interaktif barangkali.


azlanmusyabri: kat rumah 'idaman' tu ada tikus?
azlanmusyabri: :D
seseorang: hahaha
seseorang: kalo tikus bleyh masak ok lah
seseorang: hahahaha
seseorang: buat nyemak je buat pe
azlanmusyabri: ada la tu
azlanmusyabri: dia nak tolong la tu
azlanmusyabri: tolong kurangkan berat sampah
azlanmusyabri: senang sikit nak angkat
azlanmusyabri: hehe
azlanmusyabri: :D
seseorang: hahaha
seseorang: ye kot=P
azlanmusyabri: betol la tu
azlanmusyabri: kalau x dak dia@depa
azlanmusyabri: susah la sikit
azlanmusyabri: hehe
azlanmusyabri: cuba bayangkan kalau tikus x dak kat dunia....
azlanmusyabri: :D
seseorang: hhmmm
seseorang: nnt biology system terganggu
seseorang: setiap yg dicipta pasti berguna
azlanmusyabri: pandai2
azlanmusyabri: the correct word is not 'pasti berguna'
azlanmusyabri: tapi apa agak2?
azlanmusyabri: heh
seseorang: hikmah
azlanmusyabri: nope
seseorang: ade hikmah di sebalik kejadian sesuatu??
azlanmusyabri: nope
azlanmusyabri: (untuk ayat ni la)
azlanmusyabri: heh
azlanmusyabri: sebab yang dibincangkan adalah yang dicipta, bukan kejadian
azlanmusyabri: ;)
seseorang: i see..
seseorang: hmm
azlanmusyabri: any idea for the most compatible words?
azlanmusyabri: ;0
azlanmusyabri: ;)
seseorang: then wuts the correct word?
seseorang: hmm
seseorang: cant think of it rite now
azlanmusyabri: mungkin bunyinya agak baru
azlanmusyabri: tapi
azlanmusyabri: have u ever thought
azlanmusyabri: that everything besides human are made for human?
azlanmusyabri: :->
seseorang: yup
seseorang: yes2
seseorang: heard that before somewhere
seseorang: that's true..very true
azlanmusyabri: somewhere is from where?
azlanmusyabri: huhu
azlanmusyabri: got any examples?
azlanmusyabri: :D
seseorang: someone told me bf or i read it somewhere
seseorang: cant remember
azlanmusyabri: should be proofs before making any statements
azlanmusyabri: :D
seseorang: why not u tell me again
azlanmusyabri: or atleast some analogies
azlanmusyabri: :)
azlanmusyabri: nak dalil ka analogi?
seseorang: hmm
seseorang: analogi kot
seseorang: or both of them if u rajen
azlanmusyabri: senang ja dua2
azlanmusyabri: cewah
azlanmusyabri: hehe
azlanmusyabri: quran ada kan
azlanmusyabri: tengok surah albaqarah
azlanmusyabri: ayat 29
azlanmusyabri: "Dialah yang menciptakan UNTUK kamu segala yang ada di bumi seluruhnya... " hingga akhir ayat
azlanmusyabri: surah luqman ayat 20 pun ada gak
azlanmusyabri: tapi yang ni lebih luas aspek
azlanmusyabri: merangkumi segala yang ada di langit dan di bumi
azlanmusyabri: mesti pening nih
azlanmusyabri: huhu
seseorang: hmm
seseorang: sikit la..
seseorang: tp faham2
seseorang: msg anda sampai
seseorang: trime kaseh
azlanmusyabri: meh lan bagi analogi
azlanmusyabri: contoh paling senang tikus tadi la
azlanmusyabri: hehe
azlanmusyabri: kalau nak difikirkan dengan senang2
azlanmusyabri: tikus ni menyusahkan ja kan
azlanmusyabri: but try to put ur shoes in his@hers@its
seseorang3: hmmm
seseorang: btol3
azlanmusyabri: "keja aku makan benda2 kotor"
azlanmusyabri: "semua yang kotor aku rembat"
azlanmusyabri: manusia makan yang bersih, and consumable food
azlanmusyabri: yang dah basi, atau kotor, atau yang memang x leh makan
azlanmusyabri: dibuang ja cenggitu
azlanmusyabri: bermulalah tugas siti
azlanmusyabri: si tikus keyh
azlanmusyabri: hehe
azlanmusyabri: tugas sebagai pengurai
azlanmusyabri: kalau semua binatang pembersih
azlanmusyabri: habis la dunia ni
azlanmusyabri: penuh dengan sampah yang x ter...
azlanmusyabri: 'ter'apa eh?
azlanmusyabri: terurai la kot
azlanmusyabri: kan
azlanmusyabri: maknanya
azlanmusyabri: setiap apa yang ada, yang wujud dalam dunia ni
azlanmusyabri: berfungsi membantu manusia melalui hidupnya sehari2
azlanmusyabri: macam pokok
azlanmusyabri: sekaku2 pokok pun
azlanmusyabri: sangat membantu
azlanmusyabri: wahai ahli farmasi
azlanmusyabri: apa pokok bleh buat?
azlanmusyabri: dah tidoq ka ni?
azlanmusyabri: huhu
seseorang: ye2
seseorang: hmpir layu sudah mate
seseorang: hehe
seseorang: sy membace2
seseorang: jgn risau
azlanmusyabri: jawab la
azlanmusyabri: apa pokok bleh buat?
seseorang: pkok boleyh bertumbuh
seseorang: kuar buah2..daun..
azlanmusyabri: lagi?
seseorang: hmmmmm
azlanmusyabri: xpa2
azlanmusyabri: meh lan cerita ja la eh
azlanmusyabri: n harapnya malam ni
azlanmusyabri: sebelum tidoq tu
azlanmusyabri: renung2kan la eh
azlanmusyabri: bincang la ngan sapa2 nanti
azlanmusyabri: berbalik kepada pokok tadi tu
azlanmusyabri: dia bleh tukar CO2 jadi O2 kan
azlanmusyabri: dengan bantuan cahaya matahari
azlanmusyabri: dan dia buat keja tu dengan rela hati
azlanmusyabri: sepanjang masa
azlanmusyabri: sebab dia tau tu adalah tugas dia
azlanmusyabri: tapi sapa yang tetapkan tugas pokok camtu?
azlanmusyabri: bapa pokok?
azlanmusyabri: hehe
azlanmusyabri: ni semua adalah sebab alam ni tertakluk pada satu sistem
azlanmusyabri: sistem bernama Sunnatullah atau ketetapan Allah
azlanmusyabri: yang mana kalau x ikut
azlanmusyabri: akan porak peranda la dunia ni
azlanmusyabri: sudah ditetapkan pada pokok tu untuk hasilkan oksigen (untuk manusia)
azlanmusyabri: ditetapkan untuk consume CO2(untuk manusia)
azlanmusyabri: ditetapkan untuk hasilkan buah(untuk manusia)
azlanmusyabri: ditetapkan untuk mencengkam tanah di bukit bukau supaya x runtuh(untuk manusia)
azlanmusyabri: diitetapkan untuk menjadi makanan(untuk manusia)
azlanmusyabri: ni baru pokok ni
azlanmusyabri: belum yang lain2
azlanmusyabri: katakan x dak sistem yang lan sebut tadi
azlanmusyabri: pokok tu mesti buat suka2 ati ja
azlanmusyabri: malas nak buat kerja
azlanmusyabri: keluar dari tanah
azlanmusyabri: n benda2 di luar jangkauan la
azlanmusyabri: n kalau kandungann udara dalam atmosfera ni x stabil
azlanmusyabri: di mana oksigen x cukup @ habis
azlanmusyabri: mati la manusia2
azlanmusyabri: yang tikus tadi pun sama
azlanmusyabri: kalau x dak sistem tu
azlanmusyabri: dia pun nak jadi ratatouille
azlanmusyabri: masak ratatouille yang sedap tu
azlanmusyabri: makan sedap2
azlanmusyabri: sampah2 dia buat x tau
azlanmusyabri: habis penuh sampah kat bumi nih
azlanmusyabri: so
azlanmusyabri: cuba fikirkan
azlanmusyabri: apa yang hebat sangat manusia ni
azlanmusyabri: sampai semua makhluk seolah2 hidup
azlanmusyabri: untuk manusia
azlanmusyabri: dan kenapa semua makhluk tunduk kepada sistem tu?
azlanmusyabri: apakah manusia x tertakluk pada sistem tu?

dan seseorang itu x jawab sebab dah ngantuk sangat.. kalau anda rajin.. ayuh jawab!

Lalat

Bahang musim panas kian terasa walaupun masih berada dalam musim bunga. Suhu kini mencecah 37 darjah Celcius. Walau berlindung di bawah teduhan pokok, bahang panas tetap terasa. Apatah lagi apabila berada di bawah sinaran mentari secara langsung. Kulit seakan-akan terbakar. Namun, secara tidak sedar, muncul hidupan-hidupan yang sebelum ini amat jarang kelihatan mahupun terasa kehadirannya. Musim sejuk yang lalu memaksa mereka berhibernasi atau bersembunyi menyimpan tenaga untuk menghasilkan haba yang cukup untuk selamat sepanjang musim sejuk. Dan kini, musim panas yang kian menyingsing menyaksikan kelahiran, kehadiran dan kehampiran makhluk Allah ini dengan kita.

Lalat atau nama saintifiknya Musca domestica, adalah makhluk yang cuba diketengahkan. Lalat ini sememangnya tidak asing bagi sesiapa sahaja, kerana kehadirannya memecah keheningan suasana, dengan bunyi kepaknya terngiang-ngiang di telinga, seringkali menarik perhatian manusia, namun bukanlah dari sudut yang positif, bahkan mengganggu manusia. Inilah norma kehidupan seekor lalat. Tidak dapat tidak, lalat ini terus memikul tanggungjawabnya sebagai seekor lalat dengan penuh istiqamah. Kedengaran aneh? Ayuh sama-sama kita renungkan.

Lalat dan sampah bagaikan isi dan kuku, tidak akan sekali-kali dapat dipisahkan. Andai tiada lalat, kesunyianlah sampah bagai lagu tak berirama. Kenapa lalat? Secara biologi, lalat sejak dari peringkat telur perlu kepada perumah yang akan menjadi sumber makanannya kelak. Berunsurkan hubungan parasitisme, larva-larva yang menetas akan memakan perumah tersebut dari dalam bagi sesetengah spesies lalat. Walaubagaimanapun, bagi kebanyakan spesies lalat, telur-telur akan diletakkan pada bangkai-bangkai yang akan menjadi sumber penjamin kesinambungan spesies lalat tersebut. Larva-larva yang ditelurkan akan me'licin'kan bangkai-bangkai yang dihinggapi dan membesar sehingga sampai ke tahap yang memerlukannya untuk berkempompong, mengalami proses revolusi tumbesaran kedua selepas telur. Selesai sudah berkepompong, lahir seekor lalat berkepak dua bermata bulat (secara kasar) berkaki enam, berwarna warni bergantung kepada jenis dan spesies.

Manusia seringkali memandang sesetengah perkara yang dirasakan tidak elok itu buruk bagi dirinya. Sedangkan Allah berkata di dalam surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud “Kamu mungkin membenci sesuatu, sedangkan ia baik bagimu; dan kamu mungkin menyukai sesuatu, bahkan ia buruk bagimu. Allah mengetahui walhal kamu tidak pula mengetahui”. Dalam ayat yang ke-29 pula, Allah berfirman yang bermaksud “Dialah yang menciptakan bagimu (wahai manusia) segala apa yang ada di atas muka bumi ini”. Daripada kedua-dua ayat AlQuran ini, dan perbincangan yang sebelumnya, adakah wujud keserasian antara keduanya? Lalat baik untuk manusia?

Andai tiada lalat di bumi, hilanglah keseimbangan alam, penyakit berleluasa, dunia berbau lebih dahsyat daripada sampah. Apakan tidak, lalat secara tidak langsung menjadi anasir yang menguraikan bangkai, selepas kuman. Penguraian yang berlaku kesannya lebih tampak daripada kuman, atas faktor saiz. Maka dapat disimpulkan di sini, lalat tidaklah sejahat yang disangka. Kehadirannya membawa seribu erti, tidak terungkap dengan kata-kata. Lalat itulah yang menghabiskan sisa-sisa makanan yang tidak manusia habiskan, kerana tamaknya mereka kepada makanan, kerana nafsu mereka yang tidak pernah kenal erti puas.

Lalat itu boleh dikatakan seekor hamba yang patuh kepada perintah Tuannya. Lalat itu sedar akan tanggungjawabnya, membantu manusia memakmurkan bumi Allah ini. Mereka dengan rela memperhambakan diri melaksanakan tugas-tugas yang manusia rasakan kotor ini. Mereka patuh dan tetap utuh melaksanakannya, kerana mereka tahu mereka hanyalah makhluk. Mereka sedar mereka tertakluk di bawah kekuasaan Allah yang telah menetapkan bagi mereka tanggungjawab ini dan mereka laksanakan dengan sepenuh hati, kerana mereka hanya hamba. Bukankah lalat-lalat ini lebih baik daripada manusia, yang tidak pernah sedar akan tanggungjawab masing-masing yang telah mereka pikul sejak alam ruh lagi? Manusia yang sentiasa sombong dalam menyerahkan diri kepada Allah hanyasanya merasakan dunia ini seolah-olah mereka yang punya. Lalat-lalat itu bahkan lebih baik dari manusia dalam melaksanakan tugas mereka, dan tidak pernah sekalipun lalat-lalat ini melanggar arahan dan mengabaikan tanggungjawab yang diberi. Mungkin dirasakan lalat-lalat 'ponteng' kerana sering berlegar-legar di kepala manusia, dirasakan sebagai satu gangguan. Namun bukanlah lalat itu berniat untuk mengganggu, bahkan mereka di situ menjalankan tanggungjawab mereka mencari tempat yang baik untuk zuriat-zuriat mereka ditelurkan, tempat yang secara umumnya berbau kurang enak bagi manusia. Tetapi itulah hakikat tugas lalat, mencari bangkai-bangkai agar dapat membantu manusia mengurus bumi Allah ini.

Lebih hebat lagi, lalat antara makhluk Allah yang disebut di dalam AlQuran selain labah-labah dan semut. Di dalam surah AlHajj ayat ke-73, Allah berfirman yang mafhumnya “Wahai sekalian manusia! Telah dibuat satu perumpamaan kepadamu, maka dengarkanlah. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amatlah lemah yang menyembah dan juga yang disembah (selain Allah)”. Subhanallah, alangkah indahnya kata-katamu ya Ilahi. Andai direnung kembali, jika lalat ditampar, keluarlah segala isi perut berwarna warni. Dari mana datang semua itu? Justeru, manusia tidak akan sekali-kali dapat mencipta sesuatu yang serupa dengannya- lalat yang mampu hidup, terbang, mencari makanan, bercanda, bertelur dan mati yang mengemudi dengan sendiri. Dan bahagian kedua ayat itu menunjukkan kelemahan manusia yang sombong, merasakan diri mereka bebas dari sebarang tanggungjawab terhadap Penciptanya, bahkan mensyirikkanNya. Bukankah lalat itu lebih baik, mengakui kewujudan Maha Pencipta dan akur kepada perintah Pemiliknya?

Demikianlah Allah memberi pengajaran kepada hamba-hambaNya, dan mengingatkan mereka pada tanggungjawab masing-masing. Demikianlah juga Allah berhikmah dengan hamba-hambaNya dalam mengingatkan mereka kepada tujuan penciptaan manusia. Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu dengan tujuan yang sia-sia, seperti sangkaan para malaikat ketika Allah mengumumkan penciptaan manusia kepada mereka, mereka menyangka manusia ini akan mengadakan kerosakan dan berperang sesama mereka di muka bumi, tapi Allah lebih mengetahui daripada para malaikat ( AlBaqarah 30). Begitulah juga lalat. Jangan disangka lalat itu hanyalah 'menyemak', bahkan lalat inilah yang membantu manusia hidup. Bahkan dalam bidang perubatan, larva-larva lalat digunakan untuk merawat luka yang sukar untuk sembuh, kerana larva-larva itu memakan darah kotor dan nanah yang ada. Benarlah kata-kata Allah!

{ditulis selepas ketidakpuasan bermain bola akibat kehadiran makhluk-makhluk ini}

Al Kautsar

Apakah engkau tidak merantau di atas muka bumi ini
Mencari erti keredhaan Ilahi
Melihat kesan-kesan peninggalan
Umat manusia yang durjana
Menafikan kejadian diri sebenar
Yang harus tunduk kepada seruan Ilahi
Lupakah engkau segala kurniaan
Segala nikmat yang diberikan
Sewaktu engkau hidup di alam fana
Berpijak di atas tanah
Menghirup udara segar
Melayari bahtera malam
Dihujani bintang-bintang bergemerlapan
Rumah-rumah berdinding dan berbumbung

Dialah yang Maha Pencipta
Yang menciptakan bagimu
Bumi yang dipijak
Yang menciptakan bagimu
Langit tidak bertiang
Yang menciptakan bagimu
Alam seluas-luasnya
Yang menciptakan bagimu
Zarah sekecil-kecilnya
Yang menciptakan bagimu
Pasangan dari jenis kamu sendiri
Yang menciptakan bagimu
Haiwan dan tumbuhan
Supaya engkau sebagai khalifah
Mentadbir alam
Mengabdikan diri kepada Ilahi

Janganlah engkau lupa
Janganlah engkau ikut
Apa yang ditinggalkan umat-umat terdahulu
Hidupkanlah hari-harimu
Dengan mengingati Allah
Al-Khaliqul 'Azim
Maka bersolatlah dan berkorbanlah
Dengan ikhlas dan akur
Demi Ilahmu