Friday, May 7, 2010
Pujukan Hatimu
berlapang dada walau pada sesiapa
mereka tidak pernah cuba menderamu, mencaci-makimu, menghalang2 jalanmu
walhal Rasul dahulu dan para sahabat
lebih berat
berat amat
alhamdulillah
syukur dengan apa yang ada
moga mendapat barakah daripada apa yang disabarkan
mungkin kita berasa ini buruk untuk kita
tapi hanya Allah yang tahu baik buruk seseorang
maka anggaplah ini sebagai Tarbiyah Indirect Kendiri Allah
kadang2 hati ini memberontak
ada pasang surutnya
bila beban bertimbun
keselesaan x tercapai
ketenangan diragut
hati mula resah
pada satu tahap
akan cuba memberontak
inilah lumrah manusia
namun atas keimanan yang dimiliki
keberontakan itu bukanlah hanya dibiarkan
bara yang cuba dipadam dengan api hanya akan menambah bara
pujuklah hati itu
bujuk dengan sentuhan bayu rahmat
sabarlah wahai hati
ingatlah bahawa sabar itu nikmat
nikmat yang datang kemudian hari
mungkin di dunia, mungkin di sana
dan berdoalah
kerana yang memegang hati ini
Dialah Rabbul Jalil
doalah agar dikurangkan goncangan hati
kerana hati ini diciptakan bergoncang-goncang
Friday, March 5, 2010
Khutbah pertama~
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Pada tengah hari ini, mimbar akan cuba menyentuh suatu pandangan alam yang baru, mengangkat paradigma-paradigma yang selama ini membeku di benak sanubari.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Secara umumnya diketahui bahawasanya pemuda merupakan tonggak kepada kemajuan dan kejayaan sesuatu bangsa. Namun di mana praktikalitinya? Pemuda-pemuda hari ini kian hari kian hanyut ditelan dek zaman yang tidak pernah berhenti untuk menunggu manusia. Beredarnya zaman tanpa kita sedari, kerana asyik dengan mehnah-mehnah anasir moden yang datangnya bertali arus dalam menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Ditambah pula dengan keinginan para pemuda yang memuncak sekitar umur remaja menjelang dewasa. Alangkah sedih dan bertambah pilu apabila melihat gelagat kebanyakan pemuda-pemuda kita yang mana tindak-tanduknya langsung tidak menggambarkan peribadi seorang Muslim. Identiti Muslim makin lama pudar dalam diri lalu diganti oleh budaya-budaya hedonisme yang langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada manusia sejagat Entah berapa ramai remaja Muslim yang masuk wad, dek bergaduh kerana berebutkan seorang wanita. Entah berapa ramai yang mati katak hanya disebabkan overdose dadah. Teringat sebuah kisah yang termaktub di dalam alQuran yang bercerita perihal beberapa orang pemuda atau lebih dikenali dengan Ashabul Kahfi. Firman Allah SWT:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk;(Al Kahfi 13)
Sebahagian surah ini menceritakan keadaan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada pemuda-pemuda tersebut. Sebilangan kecil pemuda yang terus setia beriman kepada Allah, ketika mana insan-insan yang lain leka dengan patung-patung sembahan yang tiada mampu untuk memberi sebarang manfaat mahupun mudharat. Lalu Allah menidurkan mereka selama 309 tahun dan dibangkitkan semula, sebagai bukti kekuasaan Allah kepada mereka dan orang-orang yang beriman. Namun, apa yang signifikan dari kisah ini, apabila dibangkitkan semula, pemuda-pemuda tersebut mendapati seluruh penduduk bandar itu telah menganut agama Allah. Andai diperhatikan dengan teliti, ayat ini sudah cukup untuk mengingatkan para pemuda sekalian bahawa teras perubahan ke arah suatu masyarakat yang lebih baik adalah pemuda yang semangatnya tidak akan pernah luntur.
Hadirin Jumaat yang dikasihi sekalian,
Tahukah kamu sekaliannya bahawa semua sahabat nabi, umur mereka bawah 30 tahun apabila menerima cahaya hidayah Islam. Namun begitu, mereka merupakan golongan yang senantiasa disebut-sebut sehingga ke hari ini, disebabkan oleh ketinggian keimanan, ketokohan mereka, nilai akhlak yang dibawa, darjat ilmu yang tinggi, serta keberanian mereka dalam mengejar janji Allah yang pasti. Merekalah role model atau contoh tauladan terbaik selepas kewafatan Rasulullah. Antaranya
Ali 10 tahun
Abdullah ibn Umar 13
Ubaidah ibn alJarrah 13
Utbah ibn Amir 14
Jabir ibn Abdullah 15
Zaid bin Harithah 15
Abdullah ibn Mas'ud 16
Khabbab ibn alArrat 16
Zubair ibn alAwwam 16
Thalhah ibn Ubaidullah 17
Abdul Rahman ibn Auf 17
Arqam ibn Abil Arqam 17
Saad ibn Abi Waqqas 17
Asma bint Abu Bakr 17
Muaz ibn Jabal 18
Mus'ab ibn Umair 18
Abu Musa alAsy'ari 22
Jaafar ibn Abi Talib 22
Uthman ibn Affan 25-31
Abu Hurairah 25-31
Umar ibn alKhattab 25-31
Dipetik daripada kata-kata pendakwah bebas Australia, Bilal Assad, beliau mengatakan bahawa nabi amat sedar tentang kepentingan pemuda demi kebangkitan Islam. Perhatian yang istimewa diberi kepada mereka dalam mendidik mereka sehingga mencapai tahap mampu berkorban harta dan jiwa demi menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Sahabat-sahabat ini sedar bahawa Islam tidak akan mampu tertegak jika tidak ada yang mahu berkorban. Pengorbanan pada jalan Allah ini bukanlah sesuatu yang sia-sia, bahkan mendapat pengiktirafan daripada Allah. Teringat sekali lagi kisah salah seorang sahabat terkemuka, Usamah bin Zaid bin Harithah yang sejak kecil telah dididik secara langsung oleh Rasulullah bersama-sama cucu baginda Hasan dan Husin. Sewaktu perang Uhud, beliau yang masih kecil telah keluar bersama rakannya untuk turut serta dalam peperangan tersebut, tetapi dinafikan keterlibatan mereka kerana masih kecil. Ketika perang Khandaq hendak berlaku, Usamah berusaha menjijit kakinya agar kelihatan tinggi supaya beliau dapat turut serta dalam peperangan itu. Melihat kepada kesungguhan Usamah, Rasulullah membenarkannya untuk turut sama menegakkan panji-panji Allah, sedangkan pada waktu itu beliau masih berumur 15 tahun. Di manakah kita pada umur tersebut? Masih leka dengan permainan dunia barangkali. Firman Allah lagi di dalam surah Muhammad ayat ke-36:
إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.
Andai kita masih asyik dengan mainan dunia ini, nescaya perkara-perkara thaghut ini tidak akan sekali-kali mampu membantu kita dalam perhitungan hisab di akhirat kelak. Hanya Allah dan RasulNya yang mampu menolong membebaskan kita dari siksaan neraka Jahannam. Nauzubillahi min zalik. Terdapat juga sebuah hadith yang masyhur riwayat daripada Abu Hurairah dalam Sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Terdapat 7 orang yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan lain selain naungannya. Salah satu golongan tersebut adalah pemuda yang tekun beribadah kepada Allah. Daripada hadith ini, dapat disimpulkan bahawa pemuda yang mampu mencorak hidupnya berlandaskan ajaran Islam, pasti akan mendapat balasan yang adil bahkan lebih banyak nikmat yang akan diterima daripada Allah yang Maha Pemurah. Bukan sahaja ketenangan di dunia, bahkan kesenangan infiniti di akhirat . Barakallahu li walakum...
Wahai pemuda sekalian,
Kita harus sentiasa sedar dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, lebih-lebih lagi perkara-perkara dan isu-isu yang melibatkan sesama muslim. Yang paling nyata dan terang-terang berlaku adalah di Palestin, di mana sudah lebih 60 tahun dijajah, diratah dan dipecahbelah oleh Israel laknatullah. Namun kita tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya tercengang melihat mereka ditindas dan negara mereka dikebas, sedangkan Palestin juga negara kita! Kita sudah tidak punya banyak masa untuk berehat setelah penat dan bersantai di pantai. BANGUNlah wahai pemuda sekalian dari tidur-tidurmu! Sesungguhnya alam matrix ciptaan manusia ini langsung tidak membantu mengembalikan semula kegemilangan Islam terdahulu. Mungkin apabila dipandang dari sudut kemajuan, bangunan pencakar langit kian hari makin menerobos langit, teknologi mengecil sehalus kuman, penemuan-penemuan saintifik terbaru langsung tidak terfikir dek akal. Namun, pembangunan modal insannya semakin hari semakin luntur. Seharusnya kita sebagai pemuda, mempunyai ciri-ciri yang penting untuk menjamin kebangkitan semula Islam di persada dunia. Iman yang jitu, ikhlas, bersemangat tinggi dan sanggup berkorban merupakan ciri-ciri penting yang tidak ada pada golongan yang lain.
Thursday, January 21, 2010
Nafsu ibarat Dadah~
Dadah
Tanpanya: tiada kemajuan dalam perubatan
Dengannya: wujud painkiller, ubat2
Bila guna waktu tidak diperlukan: ketagih
Bila digunakan secara berlebihan: overdose → mati
Nafsu makan
Tanpanya: makan pun x ingin
Dengannya: lapar jadi kenyang
Bila guna waktu tidak diperlukan: pembaziran
Bila digunakan secara berlebihan: obesiti
Nafsu tidur
Tanpanya: x ada rehat untuk badan → letih terlampau
Dengannya: badan boleh rehat
Bila guna waktu tidak diperlukan: bazir masa
Bila digunakan secara berlebihan: letih jugak
Nafsu ego
Tanpanya: x ada rasa cemburu/ kepemilikan
Dengannya: sesuatu miliknya tidak terlepas dengan mudah ke tangan yang lain
Bila guna waktu tidak diperlukan: EGO lah
Bila digunakan secara berlebihan: menyusahkan orang lain
Nafsu bersenang-senang/malas
Tanpanya: sentiasa buat kerja
Dengannya: mencari peluang untuk rehat
Bila guna waktu tidak diperlukan: gaya hidup yang sihat terganggu
Bila digunakan secara berlebihan: asyik nak relax ja
Nafsu material
Tanpanya: apa pun x nak beli
Dengannya: beli bila perlu dan penting
Bila guna waktu tidak diperlukan: beli benda yang x diperlukan
Bila digunakan secara berlebihan: pembaziran melampau
Nafsu syahwat
Tanpanya: x ada keinginan terhadap yang berlainan jantina → x ada penyambungan zuriat
Dengannya: ada penyambungan zuriat
Bila guna waktu tidak diperlukan: zina
Bila digunakan secara berlebihan: letih terlampau
Kesimpulannya, Islam datang untuk mendidik nafsu, bukan membuang nafsu. Andai tiada nafsu, dia bukan lagi manusia. Proses pengislaman adalah proses memanusiakan manusia. Manusia tanpa Islam adalah lebih teruk dari binatang[7:179].
Sepertimana kata-kata Saidina Umar,
“Kami adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, selama mana kami mencari kemuliaan yang bukan dari apa yang Allah muliakan kami dengannya, maka kami akan mendapat kehinaan Allah S.W.T.”
Monday, January 4, 2010
Allah di mulut kristian
benda ni ada pro and cons
kalau nak huraikan pun
panjang jugak
10:55pmInsan I
bg lan?
10:55pmAzlan
for me
I'm trying to be neutral ok
benda ni suma adalah mehnah2 yang cuba digembargemburkan oleh dakyah kristian
memang dan sepatutnya
istilah Allah tu hanya pada umat Islam
tapi hakikatnya
berbalik kepada manusia tu sendiri
setakat mana nama itu diangkat
bahkan Abu Jahal sendiri berdoa kepada Allah agar memusnahkan umat Islam
dan tentunya doa tu langsung x dimakbulkan kerana doa orang kafir itu adalah sesat belaka
tapi dapat dilihat di sini bahawasanya
kafir Quraisy sendiri mengakui Allah sebagai Tuhan
apatah lagi Kristian yang dahulunya se'angkatan' dengan kita
yang mana Injil dan Quran itu turun dari sumber yang sama
dan x dapat dinafikan wujud pelbagai pengolahan pada kitab Injil tu sendiri
11:01pmInsan I
lan ade pro nya.
tp.
11:01pmAzlan
dan penyimpangan kristian
11:01pmInsan I
kalimah Allah tu bukan sekadar kalimah biase
11:01pmAzlan
iye
nak sebut dua2 la ni
11:01pmInsan I
Allah tu kalimah al quran.
11:01pmAzlan
lagi satu part lepas ni plak
11:02pmInsan I
zat dan sifatnya.
11:02pmAzlan
orait2
moving to the other side
memang
itu memang x leh nafi
sebagaimana yang kita faham
Allah tu sendiri maksudnya yang hanya layak disembah
itu dari segi terminologi bahasa
dan berpusat pada bahasa ni juga
lahir pelbagai definisi tambahan yang melengkapkan istilah tu sendiri
11:05pmInsan A
dr sudut ketamadunan quran.
11:06pmAzlan
explain
11:06pmInsan A
tidak wajar bg sy dicampur adukkan dengan tamadun lain khususnya tidak mempunyai fitrah islam
bg sy. jgnlah sesekali kefahaman Allah dipesongkan umpama mempunyai anak dan diperanakkan.
mereka tahu mereka ade tuhan.
Allahu robbuna.
contoh lah dlm magazine diorg,
sebut pasal diorg nye tuhan..
dan digantikan dgn nama ALLAH.
zat ALLAH situ mcm mane??
sifatNYA?
mereka faham lain.
mereka meminjam nama ALLAH kte.
menyekutukan hak ALLAH.
kite ISLAM.
mereka kristian.
hmm.
11:10pmAzlan
tahu tu
x cakap pun lan sokong apa yang depa buat tu
lan sendiri pun personally bantah apa yang depa buat
kesannya bukan kat kita
tapi kat generasi akan datang
anak-anak, cucu cicit kita kelak
memang la kalau nak ambil dari segi terminologi dan istilah
kita yang dah sedia faham ni insyaAllah mampu membezakan
tuhan-tuhan mereka dan Tuhan kita
11:12pmInsan A
nampak x?
intipati isu pun masih ade yg keliru.
bg sy pun.
11:13pmAzlan
pernah bincang pasal hal ni dengan kawan
11:13pmInsan A
mereka mencari peluang utk mencelarukan umat ISLAM lg.
11:14pmAzlan
yup
itulah dakyah2 mereka
semua usaha mereka ditumpukan untuk tumpaskan umat, tumpulkan kekuatan
11:15pmInsan A
jd usaha nya??
11:16pmAzlan
berpegang pada prinsip yang albanna bawak
dan sptmana hasan alhudaibi cakap
tegakkan islam dalam diri, islam akan tertegak dalam negeri
teruskan tarbiyah manusia
pastikan sampai pada setiap orang yang merasakan dirinya muslim
11:18pmInsan A
benar
hmm.
11:19pmAzlan
pegang islam yang sebenar
bukanlah islam yang yok
yang ramai orang berpegang padanya kini
huhu
11:19pmInsan A
apa yg lan faham surah al-imran ayat 19.
sy nak lan huraikan pada sy.
11:20pmAzlan
sapa yang amik syariah ni?
huhu
11:21pmInsan A
sy nak dgr huraian lan dlm ayat tu..
hmm.
amik tafsir ke.
pape ke..
kalau x silap lah.
11:21pmAzlan
dah tengok dah
ooo. ok..
i got what u r trying to say
11:23pmInsan A
isu ni memang jd bahan hujah.
msia ibarat xboleh buat keputusan.
mahu rujuk yg pakar.
11:24pmAzlan
u know what
benda ni semua dah dirancang setelah sekian lama
hanya kita, rakyat malaysia yang x pernah sedar
11:24pmInsan A
mgkin.
sy baru je sedar.
huhuhu.
hmm.
11:25pmAzlan
secularization of islamic nations by the penjajah
so kita yang hidup pasca kemerdekaan ni
sedang merasa apa yang telah pun dirancang oleh british dulu
bukankah pelik british surrender camtu ja
dan bagi kepimpinan kat kita
sambil ditinggalkan perlembagaan
yang secara kasarnya x nampak sebarang kekurangan padanya
tapi pada hakikatnya
perlembagaan tu sendiri telah mencalarkan maruah quran
bukanlah nak menentang kerajaan yang ada nih
huhu
berbalik kepada point asal
11:30pmInsan A
yup!!!
11:30pmAzlan
orang kristian tu guna mahkamah civil nak justify penggunaan Allah nih
dan di mahkamah civil
11:30pmInsan A
burhanuddin hilmi mempertahankan islam.
tp tunku abdul rahman menolak usul dye.
hmm.
11:31pmAzlan
alasan agama x leh guna
dan kristian guna alasan kebebasan untuk beragama (lebih kurang) yang menjadi kebebasan kepada setiap rakyat malaysia
untuk memilih
dan point2 yang digunakan oleh defendan(muslim)
mostly based on islamic view
which is unacceptable in a civil court
maknanya memang defendan time tu kalah teruk
ni la hasilnya bila agama dipisahkan dari segala aspek hidup
which is secularization
11:40pmInsan A
hmm.
tu la..prof2 byk keluarkan hujah.
uncle sy sendiri mengeluarkan pendapatnya di paper.
11:41pmAzlan
fuh
mantap
11:41pmInsan A
ia lebih pada kontra.
tp ade pro nye.
tp kte mempertahankan.
bukan menyalahkan.
islam bukan agama yg menuding jari terhadap sesuatu kesalahan.
sepatutnye para ilmuwan kalam lebih meneliti isu ni.
11:43pmAzlan
yup2
11:44pmInsan A
syeikh2 ni patut kedepan mhadapi ancaman pemikiran asing yg menggunakan kalam Allah bagi mengisbatkan tauhid dan menghancurkan syirik.
hmm.
penggulungan sy di sini.
11:45pmAzlan
bagi lan
yang penting sekarang ni
manusia yang bernama muslim tu sendiri yang patut hidupkan Islam
kita boleh amik pengajaran di indonesia
di mana gereja2 mereka menggunakan Allah sebagai tuhan mereka
benda ni dah lama berlaku kat sana
tapi, islam tetap terus utuh kat sana
amik iktibar dari apa yang telah mereka lakukan