Friday, April 26, 2013

Libasan lipas~


Suatu Maghrib yang hening, di masjid KLIA, berada di sana untuk pick up seseorang di LCCT jam 8 malam. Azan berkumandang, dan aku berbuka puasa di satu ceruk masjid. Di semak belukar, ku ternampak 2 ekor lipas bersiar-siar. Sambil makan biskut waf~pang, ku terfikir.

Hebat lipas ni.

Meluasnya makhluk ni di seluruh muka bumi. Pergi lah ke ceruk mana pun, pasti akan ada lipas ni. Baik rumah, hutan, padang, tandas, pejabat etc.

Meski dibenci oleh manusia, dengan megah lipas-lipas ni berterusan meluaskan sayapnya ke serata dunia. Sangat banyak yang sudah terkorban, tetapi ramai lagi yang terus maju mengorak langkah ke hadapan, tanpa menghiraukan cemuhan-cemuhan.

Produktiviti yang sangat tinggi melahirkan pewaris. Lihat sahaja pada telurnya yang kecil, boleh melahirkan 10-40 ekor anak baru.

Kepelbagaian mereka menjangkau benua. Ada American cockroach, German cockroach, Asian cockroach dan lain-lain lagi. Namun semua terus menerus menjalankan tugas masing-masing di bumi. Tugas yang hanya Allah yang tahu sebab musabab kewujudan mereka.


Ada sebab kenapa Allah ciptakan lipas begini. Di mata manusia, memang menjijikkan, menggelikan. Namun begitu, pasti ada sebabnya yang hanya Allah yang tahu. Sekali pandang, rasa geli. Pandang rapat lagi, indah sebenarnya. :)