Tuesday, May 14, 2013

Kalau Restoran Kita Memang Sedap Betul...

Terdetik perkara ini ketika ada yang mengeluh tentang sesuatu.... ... .. .

Kita ada sebuah kedai makan @ restoran. Kedai kita tu jual macam-macam jenis makanan, pelbagai jenis lauk pauk yang tepat dengan citarasa pelbagai jenis pelanggan segenap masyarakat, tak kira Melayu, Cina, India mahupun Kadazan. Pekerja pun ramai. Ada pengurus kewangan, pengurus pemasaran, juruwang, tukang sapu, pelayan, tukang mop, tukang masak, tukang buat air, ramai lagi lah. Lokasi kedai tu plak, pada mulanya hanya terdapat kedai tu sahaja di sekitarnya. 

Tiba-tiba senario mula berubah dengan projek pembinaan kedai bertingkat di sekeliling kedai kita. Jiwa mulai resah gelisah. Persaingan makin tinggi. Adakah pelanggan setia kita akan tetap terus berkunjung tiba di kedai kita, atau mereka akan beralih arah ke kedai lain? Kian gusar...

"Bro, kalau memang makanan restoran bro ni sedap, orang akan datang punya lah! Tak lari punya lah, bro!", laung seorang pelanggan setia kedai kita......

.....
....
...
..
.

Persoalan pertamanya adalah kenapa. Kenapa orang datang ke kedai makan kita. Satu sebab lapar, jadi nak makan untuk kenyangkan perut. Secara automatik mereka datang ke kedai kita tanpa perlu dilaung-laung, kerana tahu kedai kita menjual makanan.

Keduanya, adalah kerana kualiti makanan yang dimasak oleh chef, serta kepelbagaian makanan yang ada di kedai kita yang menepati citarasa setiap pelanggan. Untuk kanak-kanak ada makanannya, untuk orang tua ada makanannya, orang muda tak terkecuali. Pasti kena dengan citarasa segenap masyarakat.

Seterusnya, imej yang tertonjol pada kedai. Dari kejauhan, orang boleh nampak kemegahan kedai kita. Bila dah dekat dengan kedai kita, berpinar-pinar matanya dek kebersihan nan tak terkalahkan, senyuman penyambut tetamu nan menceriakan, lantai berkilat tanpa kotoran, tandas bersih dan bergemerlapan kalah hotel 5 bintang, pekerja-pekerja yang berpakaian kemas, kedudukan kerusi meja yang teratur rapi.

Faktor lain, servis layanan yang mantap. Tak sampai 10 saat duduk, pelayan terus berada di meja, menghulurkan menu dan senyuman ceria serta mendapatkan order. Tak sampai 10 minit menunggu, makanan nah terhidang di meja. Tak perlu bosan ternanti-nanti, bahkan sehingga perlu memanggil-manggil pelayan datang mengambil order.

Ada lagi. Marketing. Sejauh mana kita berusaha bersungguh-sungguh memasarkan kesedapan makanan kita menggunakan segala pendekatan, iklan dan teknologi semasa. Terngiang-ngiang di corong-corong radio, terpampang di dada akhbar, tersiar di kaca televisyen, edaran-edaran ke rumah-rumah, buat facebook page dan macam-macam lagi lah. Bahkan marketing 'mouth to mouth' berleluasa tanpa perlu bayaran sesen pun.

Ada yang kerjanya melayan pelanggan untuk mengambil order dan menghantarkan makanan, ada yang kerjanya sapu dan mop lantai, ada yang kerjanya bertarung dengan senduk dan kuali, ada yang kerjanya menarik tolak air, ada yang kerjanya menyemak buku kira-kira, ada yang kerjanya jadi jaga aka sekuriti dan memerhatikan kedai melalui CCTV, ada yang kerjanya menjadi cashier, ada yang kerjanya update page facebook, ada yang kerjanya berfikir untuk melebarluaskan lagi rangkaian kedai, dan macam-macam lagi. Tidak semuanya melakukan kerja yang sama pada satu-satu masa. Semua melakukan kerja yang berbeza-beza mengikut keperluan, namun masih bekerja dalam sistem kedai kita.


Gambar Hiasan

Makanan kita adalah Islam kita. 

Kedai kita adalah Dakwah kita. 

Mai pakat2 pikiaq mai.