Saturday, May 28, 2011

Shift Your Gear!

Ke mana sahaja kita pergi, walaupun kebanyakan jalan mendatar, namun kadang-kadang, pasti ada jalan berbukit bukau, menuruni curam, jalan berlubang dan sebagainya. Memang tidak dapat dielakkan walau di mana jua ceruk di muka bumi ini.

Seorang pemuda berbasikal petang untuk bersiar-siar. Bermula dengan gear 1, dia mengayuh , membina momentum. Apabila dirasakan laju, dia menaikkan gear kepada gear 2, kemudian 3, 4 dan makin laju. Tiba-tiba dia melalui kawasan berbukit. Kayuhannya makin perlahan kerana dirasakan berat, kemudian diturunkan gear satu demi satu hingga ke gear 1, cukup untuk dia mengayuh menaiki bukit. Kemudian menuruni bukit, satu demi satu gear dinaikkan untuk mencapai halaju maksimum, namun dia ingat, terlalu laju memungkin breknya untuk tidak mampu menghentikan basikalnya apabila perlu lantas padah. Kelihatan bonggol di hadapan, diperlahankan basikal dan dikurangkan satu gear. Jalan tidak rata, perlahan. Lubang-lubang jalan dielak-elak.

Begitulah juga manusia dalam hidupnya sehari-hari. Harus tahu bila waktu terbaik untuk dia menaikkan dan menurunkan gear, dan tidak sentiasa berada pada gear yang sama sepanjang perjalanan.

Mana mungkin seseorang menggunakan gear tinggi menaiki bukit. Mana mungkin dia bermula dengan gear tinggi. Boleh jadi gear tidak pernah diubah, namun tindakan tersebut hanya akan memenatkan dan melambatkan.

Bila mana diri itu sedar itu adalah waktunya, maka bersegeralah bertindak. "Shift Your Gear". Anda akan mampu memecut ke hadapan.

No comments:

Post a Comment